Wednesday, November 30, 2011

Seerah is cool!:part 2: ke-awesome-an lineage of our prophet


Seerah memang best part 2

Alhamdulillah!
Allah menganugerahkan rasa seronok+best+puas hati bila dapat ‘share’ dgn orang lain….
Haa! Kali ni jom kita bongkar rahsia kehidupan Rasulullah SAW berdasarkan kuliah Shepherd’s Path taught by Skeih Abd bary Yahya…

Tidak dilupakan selamat menyambut Tahun baru Hijrah 1433H!
Semoga kita semakin menyelami n lemas dalam seerah nabawiyyah

Ok..back to the history….
Daripada keturunan nabi Ibrahim> nabi Ismail..merekalah yang melaksanakan tugas-tugas menjaga kaabah(kaum jurhum)> menjadikan mereka sangat dihormati….

tetapi terdapat satu kaum khazraj yg selalu cuba bergaduh dgn mereka, kaum Jurhum selalu mengelak dari bergaduh dan akhirnya di buang dari mekkah.

Jurhum yang takut akan khazraj, mengambus segala emas di bawah kaabah dan menimbus  telaga zamzam.Sapa pun x taw kedudukan telaga zamzam kecuali kaum jurhum.

Kaum jurhum bersatu atas arahan Qusay bin Kilab, mengalahkan khazraj.
mereka memegang tampuk pemerintahan dan hal-hal agama.
Semua anak-anak Qusay ada tanggungjawab(diberi pghormatan) kecuali Abd Dar..Jadi Qusay telah meningkatkan tarafnya(abd.dar) dengan mnjadikan dy pengurus hal-hal pemerintahan.

Selepas Abd dar meninggal, ada pertelingkahan sapa yg patut pegang tampuk pemerintahan..
Abd dar punya keturunan: kami layak sebab ayah kami dulu yg pegang
Ank2 abd manaf: pak hang mana layak! Dah la x best!kami la yg terbaik dalam pengrusan!!!
Ok2..jom syura..kita bincang baik2 naaa

Jadi hasil syura:
Anak2 abd manaf pegang hal-hal agama(people of God)>lebih dihormati..
Anak2 abd dar pegang hal-hal pemerintahan

Salah sorang anak abd manaf(org yg sanagat disanjugi) ialah Amr.
Dy ni sanagt kuat n pemurah+rajin menguruskan urusan2 haji! Dy akan pecahkan/kocak2 roti(perbuatan ni dalam arab dipanggil hisyam) dan beri pada org yg buat haji ketika 2.

kalo istilah arab, si pelaku/pembuat akan dipanggil "hasyim"> dari nama ni lah bermulanya nama bani hasyim...


Dy sangant famous!jadi depa panggil dy hasyim(pengoyak/pemecah roti)
Punya la famous, apa yg terjadi semua orang taw(jd mcm kerabat raja)
Dy dijadikan idola ketika waktu tu..disebabkan dy PEMURAH n CIPTA satu roti yang sangat sedap(kiranya mcm resepi ayam KFC la..fingger lickin good!..hampa bayangkan ada orang yg akan belanja hampa setiap minggu makan KFC..pergh..saya pun nak!

Pada stau haqi..Si Amr A.K.A hasyim ni pi/musafir ke Syam. Kawen kat sana. Isteri mengandung.Amr nak balik n otw meninggal, tapi ORANG x TAW yg Amr ni ada anak.Si isteri membesarkana anak di Madinah.
Anak dipanggil shaybah(uban) sebab rambut warna putih.
Jadi, saudara kepda Amr, iaitu Mutalib datang mencari isterinya(Salmah from bannu Najar)
“aku mai nak amik shaybah! Nak jadikan pemimpin bila dy besaq nanti di Mekah!”
Salmah: lani kita Tanya dy dulu: oi shaybah, hg nak kaa pi Mekah ?
Shaybah; aku nak pi! :D ^---^

Jadi bila sampai di mekah, semua orang Nampak si Mutalib bwa sorang budak.
org ramai: owh..Mutalib dah ada hamba baru..kita panggil dy Abd Mutalib kat budak kecik tu(shaybah)…(ABDUL itu maksudnya hamba)

Abd Mutalib membesar di mekah dan mnjadi orang besar! Sanagt disegani terutama dalam kalangan bani Hasyim(sempena nama bapak dy…Amr si pengoyak roti)
Orang sebelum ni x jumpa sebab Allah sembunyikan. Memang korek sekeliling kabaah memang x jumpa la jawabnyaa..
Satu hari dy pun bermimpi…dimana terletak telaga zamzam!
dy gali dgn anaknya..depa jumpa!

#ada pandangan mengatakan bahawa air zam zam telah di sembunyikan oleh Allah dari pandangan manusia, sebab tu la 400 tahun x da orang jumpa...(400 tahun...400tahun...wow!)
Satu lagi kehebatan Abd Mutalib bila bleh jumpa telaga zam-zam yg dicari sekian lama tp x da orang len jumpa kecuali Abd mutalib.

Kita kan taw..bila da sorang yg jumpa telaga(sumber air) yanag mna x pernah berhenti…dah la air sedikit ketika tu kat mekah. Ibarat jumpa benda paling berharga dalam hidop!benda paling penting n benda tu pulak susah nak dicari!

Bertambah famous lah si Abd Mutolib ni..dijadikan idola, diceritakan kisahnya oleh ibubapa kepada anak2 sebelum tiduq, mcm pemimpin agung/legendary!. Smua orang suka nak bersama dgnnnya.

Tapi, berlaku pergelutan soal telaga ni milik Abd mutolib atau milik semua orang mekah??
Jadi depa pun bersutuju amek pandangan pendeta.depa pi la cari..rupa-rupanya pendeta dah p syam; Depa pun p la ke syam….

OTWay..nak dijadikan taqdir, depada kehabisan ayaq…ALAMAK! Mcm mana nie..kita x sempat la nak jumpa pendeta..kita dah dekat hujung nyawa…

AMutolib: ok..kwn2..la ni kita orang besaq(noble people)..mna bleh mati mcn orang lain kat dg pasiaq.kita kena la mati dlm kubur. Smentara kita masih bertenaga, jom gali kubuq sendiri. 
"X nak la aku kena makan dgn haiwan atau burung."

SEKALI LAGI Abd Mutolib menjumpai TELAGA!!!

Kwn2(semua pemimpin quraish;nak dapat hak air zamzam):pergh! Hang memang sempoi laaa! Kat mana hg p pun hg bleh cari telaga..la ni kami setuju je la yg telaga zam zam kat mekah tu hg punya..hang selamatkan nyawa kami
>bayangkan bila AbdMutolib selamatkan nyawa pemimpin2 quraish lain/pemimpin setiap kabilah...

Bertambah MACHO n OSEMlah Inchee Abd Motolib….jadilah ia semakin disegani dan dihormati semua bangsa arab. “mcm royal family u..i pun nak jadi mcm die..”

satu hari, si AMutolib telah bernazar/vow yg nak sembelih anak lelaki kesepuluh kalo dy dapat la..
nak jadi ceqita..dapat sungguh dan ia adalah Abdullah…

Inchee Mutolib nak sembelih depan kabah tapi suma org menegah terutama ibunya Ameenah:
“hg akan cipta 1 budaya yg mana x penah dibuat orang lain, kami suma kan ikot hg!”
Jadi abd mutolib pun bersetuju berjumpa pendeta utk cari penyelesaian..
Cabut undi dan akhirnya anaknya Abdullah di gantikan dgn menyembeleh 100 ekor unta!!!

Maka famous lah entah kali ke berapa(I pun x kira u…)si encik mutolib dan anaknya Abdullah yg x jadi disembeleh.
Orang yg mai haji suma dapat makan free daging unta yg mahal ketika tu..
org hj: “pergh..baguih betoi si inchee Mutolib..x da la org nak belanja kita makan free macam nie…sayang abd mutolib..muah2”

Jadi Rasulullah pernah bersabda “aku adalah anak kepada dua orang yang sepatutnya disembeleh(ayahku dan nabi Ismail)”

Jadi bila Rasulullah Saw lahir dari keturunan ini, pergh!
Memang orang sanjung nabi(well respected)...
 #kebaikan n kehebatan ketutunannya diwarisi oleh nabi> sebab tu la kena cari pasangan yg berketurunan baik, sebab anak kita akan mewarisinya..(wush!jauhnya pandang ke depan ;p)
#orang lebih melihat kebaikan orang besar dr orang yg biasa/low profile

Ok..nantikan seerah seterusnya! kita akan lihat kelahiran nabi, sejarah ketika beliau masih kecil n etc...
Terima kasih sebab membaca! Ini adalah bukti bahawa anda cintakan Rasullullah SAW..
macam mana nak ikut sunnah kalau Nabi(si pelaku) pun kita x kenai..

ok.wassalam

Tuesday, November 1, 2011

Input + keep = loss ???

Bismillah, how are you?
Alhamdulillah, this time i just want to post a short post.

My friend just came to my room's window, gave salam..and he mentioned:

"When we have attended a class/seminar, if we do not share what we got/learnt...
SURELY the knowledge will be gone soon!!!"

And he left..

I was puzzled..WOW! what a good reminder..
So i just want to remind my self and all of us to
keep sharing the knowledge that we have and  learn something as we are compulsory to
 present/teach it to sb else tomorrow.

Jazakumullah n thanks for reading! :D
let's start sharing..sharing is caring..caring is loving...!

u can share yout thought in FB wall/ twitter/ SMS n etc.
.verbal also can! dare to try!


Jom study/halaqah/bincang2 satu ilmu/bab seperti mana kita kena present benda 2 esok..amacam? insyaAllah lekat di hati

-abidadlishah-
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)..selamat beramal.



Friday, October 21, 2011

Seerah memang best!!!

Bismillah...
pa kabar bro n sis?
yeah, cuti eid adha dah nak menjelma...
tapi la ni UIA tengah xm mid-semester. Jadi lani sy tengah struggle utk xm

23rd- Management
28th- Statistic
29th- Economy
18thNov-Accounting

OK, la ni balik kepada tajuk: Seerah memang best!!!

kan dari kecil sampai la besaq, kita dok dengar pasai seerah...
kalau di tadika silibus yg wajib ialah Nabi Muhammad SAW...
hampa ingat x lagi lagu "anak nabi kita ada 7 orang...la..la..la" Ingatkan kwn2?

Jadi bila dah besaq..timbul persoalan, apa yg aku belajaq dari seerah yg aku dok dengar sebelum ni,
adakah hanya masuk telinga kiri n keluar telinga kanan?
Pasaipa Allah menceritakan kisah2 Nabi/rasul/kejadian2 lampau dalam Al-Quran...?

Ha. aku pun jumpa satu poster, menarik tapi x penah dengar pun speaker niee

Ha..jadi terasa nak join sebab nak 'polish' seerah yg dah taw sebelum ni..kena pulak my fasi/naqib promote sheikh abdul bary yahya:


Jadi, brader ni invite kitaorg/kami suma join talk abd bary di UNITEN tentang Rockstar( idola kita)
Pergh memang best..lepastu pulak Sheikh ni bagi Khutbah jumaat kat IIUM...PERGH!terbaik!
antara isipenting khutbah baru ni:

Pasaipa kita dan shabat berbeza?
Kita dihina dan diseksa...?
Sahabat menjulang kejayaan dan memegang tampuk pemerintahan Dunia dan Islam memberi keamanan dan ketengan kepada semua makhluk....
Kita ada Allah yg sama,Quran yg sama, Sunnah yg sama...Tapi kenapa kita tidak berjaya seperti mereka???

Jawapannya ialah kerana cara kita merespon/react/concern/sensitif tentang Quran n Sunnah
SANGAT BERBEZA tidak seperti para sahabat...

Contoh:

1)Apabila dibacakan ayat tentang pengharaman arak, maka sahabat yg tengah pegang gelas arak terus MENINGGALKANnya(kalau kita mungkin perabis/habiskan yg dalam gelas dulu sebab last dah ni utk minum rak)...x berHENTI disitu, maka dipecahkan segala tempayan2 sehingga disebut bahawa tanah basah dibasahi arak yg dibuang..subhanallah..hebat n qawi/kuat iman sahabat ni!

Kalau kita, yang bertaubat tapi masih lagi berada dalam lingkungan(jarak yg dekat) dengan maksiat yg kita penah lakukan...dalam capaian tangan kita..adakah kita cuba menghindari dan membanteras maksiat itu?

2) dalam satu hadis: apabila Rasullullah SAW menegur sahabat yg memakai cincin emas.,
"Apakah kamu mahu cincin ini membawamu masuk ke neraka,sesungguhnya haram bagi lelaki memakai barang emas"

Lantas sahabat itu menanggalkannya dan terus mencampaknya...
Sahabat yang lain bertanya: "hang boleh simpan lg cincin emas 2..pasaipa/awat hg buang cincin tu?"
Sahabat itu mnjawab

"Aku TIDAK akan menyentuh satu benda yg telah ditegur(tidak disukai) oleh nabi"

Allah ya rabb.. beginilah kisah sahabat yg begitu concern/ sensitif dengan ayat Al-Quran dan Kata2 nabi

Jom muhasabah!
-bagaimana kita merespon dengan hukum yg Allah tetapkan dalam Quran?
-bagaimana kita merespon dengan hadith n sunnah Rasullullah SAW?
-adakah kita beramal dengan ilmu yg telah dipelajari?

Astaghfirulahal'aazim

"Oh ya Allah, please forgive our sins ya Allah, we raise our hand rite now to ask for forgiveness
We know that your forgiveness is GREATER than our sins...ameen"

Alhamdulillah, jadi nak taw apa yg sheikh sampaikan dalam seminar Shepherd's Path..
nantikan dalam post seterusnya..doakan kami disini utk xm mid term ya..tq

Thanks for reading n miss u all!
(Asrama UIA, 23 Zulakedah 1432H,1845pm)
dalam situasi UIA yg semakin panas dipanaskan lagi media...:D so Hot!!!


Gambar lepas habis talk di UINTEN :D





P/S:
Nak taw lebih lanjut pasai talk n program yg best...sila layari fan page face book

Qabeelat Ihsaan 

Thursday, September 29, 2011

Terok betoi budak 2..hishh!

Bismillah..pa kabar para pembaca? sihat nah?
Happy belated birthday 2 me..:D
Terima kasih kpd family,kwn2 yg x putus hantar sms n post dkt wall.. Barakalllah fikum!Amiin kpd doa2 anda semua...Istajib dua'ana ya Allah....
Jadi, banyak cerita nak dikongsikan sebenarnya bila dah masuk UIA..tapi hari ni nak cerita pasai satu event yang saya pi bersama brothers/ikhwah/abg2 UIA..

Kami p Hi Tea Raudhatus Sakinah(RS) di SACC baru2 nie...eh jap..RS 2 apa???

RS ialah satu pusat jagaan remaja (yg terlibat/mangsa gejala sosial-terlanjur)yg didaftarkan secara rasmi Akta Pusat Jagaan 1993 dgn JKM.Sejak 1998 shingga sekarang dah 557 orang dibimbing u mghayati Islam sbg cara hidup.la ni ada 5 pusat: Selangor, PPinang, Kelantan, n Melaka

Jadi hi-Tea ni salah satu alternatif nak kumpul dana bg pihak RS...saya dtg makan free sebab meja KARISMA(salah 1 badan mahasiswa kat UIA)...sedap! Alhamdulillah...kenyang perut..kenyang hati..sebab ada pengisian Utsz Zahazan mohamed, Ustzh Robiah n K. Wardina Sofiyyah sambil2 kami mkn..Terbaik!

Jadi,yang ni la nak share...
Tema program hari 2 ialah Indahnya Harga diri..jadi para panelist menghuraikan maksud harga diri dan cara menjaganya serta tanggungjwab semua pihak...

jadi kita mesti berhadapan dengan situasi kita melihat aktivit sosial yang kurang menyenangkan/ yg menghiris koyak rabakkan hati kita bila baca dekat pinggang/kepala akbar harian...

Kita akan mula merespon/judge n mghukum si pelaku:


"Terok betoi budak ni..harap ja sekolah agama...buat malu orang Islam ja..ergh"


"Astaghfirullahal'azim..apa hampa buat ni??? Mak pak hampa x penah ajaq ka supaya jaga tatatertib..dok conteng arang/water colour/tarkan muka mak pak hampa? "


" Apa dok rapat2 lagu ni ..%&@#@! HARAM taw! masuk NERAKA! padan MUKA!"

Ni la norma2 kehidupan kita..asyik dok mengata orang..lebih baik/afdhalnya kita sangka baik dan ambil langkah utk atasi dengan tepat..salah  satunya berdoa! DOAlah..bukan kena bayaq satu sen pun! Ni doa dy:

Allahumma thohir qalbahu/ha
wa ahsin farjahu/ha
waghfirlahu/ha
(hu-utk lelaki, ha-utk perempuan)
Doa yg dikongsikan oleh utz Zahazan Mohamad dalam Hi-Tea Raudhatus Sakinah, SACC.24 Sept 2011

Semoga kita jadi orang yg selalu mendoakan utk orang lain n diri sendiri..
jom tgk video ni:

http://www.youtube.com/watch?v=VRipa6KII-0 (aiman azlan)

dan ini:

http://www.youtube.com/watch?v=w8fP4EwdP40 (mat lutfi90)

Haaa! dah tengok? jadi sebelum judge/tuding jari ..tanya la diri kita sendiri....apa kita dah buat...sekuranganya saya nak ajak diri saya n kwn di luar sana kita berdoa bila lihat orang yg kita kurang senang kelakuannya...
kita benci Kelakuan..BUKAN pelakunya...k

Terima kasih kerana membaca! ;D
Jumpa lagi dalam post yang akan datang!
Wassalam.
1217pm,2 Zulkaedah 1432H
Mahallah uthman, UIA gombak

beramah mesra dengan Ummi Rose( Orang kuat RS n AndabijakJauhiZina ABJZ) lepas habis program....

Monday, September 19, 2011

Down X 3...;P

Bismillah...
Alhamdulillah dah settle masuk UIA/IIUM..
selepas seminggu taaruf week, selepas seminggu course introduction...
La ni dah mula blajaq...ada QUIZ ACCOUNTING rabu ni..Mudah2n dapat score! ameen

Currently im reading the book " The Way to Win" by Solikhin Abu Izzudin...it's so good!
i wanna share few words/quotes with all of you(from that book):

"Carilah kematian nescaya kamu akan menemui kehidupan"

"Bukan malam pertama yang nikmat, tetapi penantian " puasa syahwat" yang membuat malam pertama lebih nikmat"

Jadi bersabarlah wahai pemuda..terutama kepada orang yang menulis...mudah2n kekal bahagia sampai akhirat ;D
(Ali Imran: 15)- x dapat kat sini..dapat kat akhirat bro! kompem!

"X ada kemenangan tanpa ujian..."
Jadi bila down/futur...cepat2 BANGKIT! BANGUN! TEGAP! TERUS! SEDIA! bertindak sekarang!




Mu'min itu memang akan jatuh imannya tapi lantas ia BANGKIT dan mengatasinya dan menjadi LEBIH BAIK!

baca artikel2 kat sini!memang MENYEGARKAN!
http://muharikah.com/

Akhir kalam,mari kita hayati kata2 ini:

Di sepanjang fasa kehidupan, kita memiliki KELEBIHAN lebih dari > keKURANGan..
Waktu kita MUDA, ada tenaga n masa tapi X da DUIT...
di kala kita DEWASA, kita ada tenaga n duit..tapi X ada MASA..
di kala kita sudah Senja/TUA,kita ada duit n tenaga tapi X da TENAGA..

Apakah kita tidak menggunakan kelebihan2 itu dikala kita MEMPUNYAInya...
Sesungguhnya KEKURANGAN itulah yang sePATOTnya kita bersyukur sebab masih lagi DIUJI sebagai tanda sayang-NYA kepada kita....Jom bergerak n berAmal!

Wassalam
631pm.Mahallah Uthman, UIA gombak



There is always the EXIT way..just turn to it..u are handling the steering! HE is always listening to our prayers!
lets PRAY! 



Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadar..padia???

Assalamualaikum! semoga kita semua berada di bawah rahmat n redha ilahi
hari ni dah 20 Ramadhan...jadi..tunggu apa lagi! jom rebut Lailatul Qadar!

jadi..sebelum kita cakap lebih2..jom rehatkan minda degan menonton video IniAnwarHadi...

http://youtu.be/7KS3iqtDsKk

ha..amacam! ummat nabi Muhammad SAW umurnya antara 60-70 tahun...jadi sama2lah kita merebut peluang utk beribadah sebanyak mungkin..ini mungkin Ramadhan terakhir kita!

A; wei..jom p expo kat pekan caqi baju qaya mlm ni...
B; agak2 la.....
A; awat? kan dah dekat qaya...x kan x mau beli baju baqu..?bleh upload kat FB gambaq baju baqu!
B; kita ni Umat nabi Muhammad SAW..umuq PENDEK..lepastu x mau CARI LQadar..awat..hg bajet hidop lama kaaaa?
B; T-T..insaf..ok la..jom pi masjid muzaffar shah..ak nak iktikaf sampai raya...



x la boleh beli baju raya..tapi mestilah mengutamakan ibadah dalam shopping!
pernah x tengok orang di bazar2/expo2/shoping complex melwatkan solat fardhu kerana baju raya???kerana nak beli barang dapur nak masak ketupat/rendang???

atau x payah tengok orang lain..tanya diri sendiri lebih baik...Jadi..sedikit tips utk shopping n beribadah di akhir Ramadhan:


  • Solat fardhu awal waktu
  • Rancang pembelian anda-
  • sediakan list barang apa yang nak dibeli(apa yang perlu/BUKAN apa yang mahu)
  • susun perjalanan anda(kedai A -> kedai C ->kedai B)
  • pergi pada waktu lepas taraweh(jangan lama2 sampai letih lepastu x larat nak iktikaf n sahuq)/lepas zohor/pagi!
  • pastikan cari shopping complex/expo yang ada tempat solat jika bertembung dengan waktu solat-berwudhu sblm keluar rumah
  • Iktikaf di malam hari dengan kawan2 di masjid(selalunya buka dah bila 10 malam terakhir ni)

dan banyak lagi! jadi ..apa tunggu lagi!Jom penuhkan masa dengan ibadah..walau buat persiapan raya..betulkan niat dalam shopping n buat kuih raya n etc....


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

(al-Bukhari)


x perlu la nak bergaduh bila malam L.qadar...yang penting kita beramal..bukan BERGADUH!
kalau kita Rancang utk beli belah...mesti RANCANG juga utk IBADAH
(mlm ni masjid A...esok pi iftar dengan kawan2...lusa p ziarah hospital etc)


Pasaipa nak kena cari???


Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2) 


 “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a.


“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).


Bagaimana Mencari Lailatul Qadar???

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759)).
Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya.
Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya.” (Hadis Riwayat Muslim (1174))
copy paste-sharimi.blogspot


ok..dah la..jom cari!!! mungkin ni ramadhan terakhir kita...

Saturday, July 30, 2011

Hi Mr. Ramadhan!

Assalamualaikum..alahamdulillah pada kesempatan ini..ambo nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA n BERMUJAHADAH pada bulan posa Ramadhan Al-Mubaarak 1432H yg akan datang!

Semoga kita bermuhasabah dengan ramadhan2 yang lalu..apakah kita telah berjaya ditarbiah melalui Univesity of Ramadhan..berapakah CGPA taqwa kita pada kali ini jika dibandingkan dengan sem2 lepas?

Ni ada beberapa ciri/petunjuk yang ramadhan yg lalu adalah GAGAL/kurang berkesan:

  • -kualiti n kuantiti amal masih sama selepas ramadhan
  • -masih melakukan dosa2 maksiat yg x membatalkan posa mcm mengumpat,tengok aurat orang dalam Tv n majalah2, n banyak lagi
  • -bayak tidur
  • -malam di bulan ramadhan sama mcm malam2 yg lain....
  • -menyambut Hari raya eid-fitri lebih/sampai meninggalkan ibadah/kelebihan ramadhan seperti 10 malam terakhir(l.qadar)


Mudah2an kita x tergolong dalam golongan itu dan terus menjadi lebih baik dalam setiap kali bulan ramadhan...
ok dah bersedia utk ramadhan?
sedikit checklist:


  • -jadual berbuka n sahur(tampai kat dinding bilik)
  • -ulangkaji fiqh siam(fekah bab posa)
  • -hias bilik dan rumah
  • -target ramadham pada tahun ini


Wallahua'lam....terimas sebab membaca!k...wassalam..teruskan mebaca post2 yg akan datang