Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadar..padia???

Assalamualaikum! semoga kita semua berada di bawah rahmat n redha ilahi
hari ni dah 20 Ramadhan...jadi..tunggu apa lagi! jom rebut Lailatul Qadar!

jadi..sebelum kita cakap lebih2..jom rehatkan minda degan menonton video IniAnwarHadi...

http://youtu.be/7KS3iqtDsKk

ha..amacam! ummat nabi Muhammad SAW umurnya antara 60-70 tahun...jadi sama2lah kita merebut peluang utk beribadah sebanyak mungkin..ini mungkin Ramadhan terakhir kita!

A; wei..jom p expo kat pekan caqi baju qaya mlm ni...
B; agak2 la.....
A; awat? kan dah dekat qaya...x kan x mau beli baju baqu..?bleh upload kat FB gambaq baju baqu!
B; kita ni Umat nabi Muhammad SAW..umuq PENDEK..lepastu x mau CARI LQadar..awat..hg bajet hidop lama kaaaa?
B; T-T..insaf..ok la..jom pi masjid muzaffar shah..ak nak iktikaf sampai raya...



x la boleh beli baju raya..tapi mestilah mengutamakan ibadah dalam shopping!
pernah x tengok orang di bazar2/expo2/shoping complex melwatkan solat fardhu kerana baju raya???kerana nak beli barang dapur nak masak ketupat/rendang???

atau x payah tengok orang lain..tanya diri sendiri lebih baik...Jadi..sedikit tips utk shopping n beribadah di akhir Ramadhan:


  • Solat fardhu awal waktu
  • Rancang pembelian anda-
  • sediakan list barang apa yang nak dibeli(apa yang perlu/BUKAN apa yang mahu)
  • susun perjalanan anda(kedai A -> kedai C ->kedai B)
  • pergi pada waktu lepas taraweh(jangan lama2 sampai letih lepastu x larat nak iktikaf n sahuq)/lepas zohor/pagi!
  • pastikan cari shopping complex/expo yang ada tempat solat jika bertembung dengan waktu solat-berwudhu sblm keluar rumah
  • Iktikaf di malam hari dengan kawan2 di masjid(selalunya buka dah bila 10 malam terakhir ni)

dan banyak lagi! jadi ..apa tunggu lagi!Jom penuhkan masa dengan ibadah..walau buat persiapan raya..betulkan niat dalam shopping n buat kuih raya n etc....


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

(al-Bukhari)


x perlu la nak bergaduh bila malam L.qadar...yang penting kita beramal..bukan BERGADUH!
kalau kita Rancang utk beli belah...mesti RANCANG juga utk IBADAH
(mlm ni masjid A...esok pi iftar dengan kawan2...lusa p ziarah hospital etc)


Pasaipa nak kena cari???


Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2) 


 “Lailatul Qadar dikurniakan ke atas umatku dan tidak kepada umat lain”- Hadis riwayat Anas r.a.


“Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya)’-(Surah al-Qadar).Malam itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar (Surah al-Qadar). Dalam hubungan ini Rasaulullah s.a.w bersabda : “Pada tiap- tiap malam Lailatul-Qadar itu, Allah menurunkan rahmat yang meliputi sekelian mukmin di atas muka bumi ini dari timur ke barat. Selebihnya diperintahkan Allah kepada Jibril agar diberikan kepada bayi yang lahir pada malam itu samada oleh ibu yang Islam atau Kafir”. ( Kitab Durrah al – Nasihin ).


Bagaimana Mencari Lailatul Qadar???

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/217) dan Muslim (759)).
Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)Semoga Allah memberkati dan memberi taufiq kepada kita dalam usaha mentaati-Nya. Berdasarkan beberapa penjelasan tadi, maka kita telah mengetahui serba sedikit bagaimana keadaan Lailatul Qadar dan keutamaannya untuk berusaha mendapatkannya.
Maka wajarlah kita berusaha untuk bangun (menegakkan ibadah, solat, dan berdoa) pada sepuluh malam-malam yang terakhir. Bersungguh-sungguhlah dalam menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi hubungan suami isteri. Juga perintahkanlah kepada keluarga kita untuk tujuan yang sama iaitu memperbanyakkan perbuatan ketaatan.Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam apabila memasuki sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau memperkuatkan ikatan kainnya sambil menghidupkan malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:“Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (dalam beribadah) apabila telah masuk sepuluh malam terakhir yang tidak beliau lakukan pada malam-malam pada bulan selainnya.” (Hadis Riwayat Muslim (1174))
copy paste-sharimi.blogspot


ok..dah la..jom cari!!! mungkin ni ramadhan terakhir kita...