Saturday, July 14, 2012

Eh..terlupa nak posa?

Bismillah.

Assslamualaikum!
apa kabar semua?
Harap2nya suma dalam sihat2 belaka.

Sedar dah x sedar, dah 4 bulan dah x update blog. alhamdulillah mlm ni dapat update jua!!!
Sekarang practical di sekolah lama Al-Islah, Sg Petani bahagian kewangan dan pentadbiran.

Bleh la jugak nak apply basic akaun yg tetiba blajar di UIA yg x penah amek di KISAS.
Ia juga sbg pembuka mata kalau nak amek bisned administration, boley la jgk taw selok belok pentadbiran.

Ok, hari ni dah 25 Syaaban!
Kita ada lagi 6 hari lagi utk sambut Ramadhan al Mubarak!


Ada suatu hadis, mafhumnya begini:

" barangsiapa yg berGUMBIRA dgn kedatangan Ramadhan, maka Allah akan haramkan Neraka bg jasadnya" 

-maaf x dapat jelaskan matan n sanadnya, ni pun amek dari kuliah Ust Rosli.

Persoalannya adakah kita bergembira?
Pa dia tanda kita gembira?


Jom gembira dengan Ramdhan!!!
ni antara benda2 yg kita boleh buat:


1. Set target utk Ramadhan kali ni
-posa penuh
-Solat penuh lima waktu
-khatam sekali Quram
-kuruskan badan..hehe

"saya nak jadi student Taqwa yg ensem dan osem"- contohnya...


http://www.youtube.com/watch?v=MgDMU_TiRRg&feature=share 
serius cool vdeo di atas.. im gonna win!
The race is on!
the biggest race in the world, 1.6 billion of Muslims...


2.  Rancang shopping anda

-dgn book tarikh yg bukan 10 malam terakhir Ramadhan. naseb baek mak ayah saya dah beli jubah utk raya kali ni, jadi saya x perlu shopping byk2..


3. Banyakkan persediaan 


a)amal ibadat: 


-mula baca Quran
-mula buat sesuatu utk capai target anda
- cth: dah mula utk utk banyakkan solat sunat sbb nak sambut tarawih


b)jasad
-jaga kesihatan, supaya sihat ketika masuk Ramdhan


c)Mind


persediaan ilmu: Ulangkaji ilmu fiqh
-kadang2 saya dengar kuliah di u-tube, kalo gi mesjid dengar kuliah lagi osem la!
-bleh buka buku fiqh / hukum hakam puasa; perkara membatalkan, makruh, keringanan etc..


Sedia mindset utk tempuh bulan penuh dugaan...jaga pandangan , jaga mulut daripada meLASER mengata org lain..hehe

_____________________________


ok. dah.
selamat beramal!

Kata pakar psikologi, sesuatu tindakan akan menjadi habit/tabiat jika dilakukan secara berterusan selama 21 hari n ke atas..

Allah telah beri kita
"Month  of change"

kita da 30 hari! Jom setkan habit2 yg osem dan cool utk Ramdhan kali ni supaya ia jadi Ramdhan terbaik dalam hidop kita. InsyaAllah


- x tido lepas suboh
-bangun awal
-mula baca kitab tafsir
-etc....




-ibnuShah-


Kalo mu rajin, bleh tgk video pasai Ramdhan kat bawah nie



http://www.youtube.com/watch?v=uBam-lAxDvA



Monday, March 5, 2012

Evaluate to evolution...siri self-improvement

Bismillah..
Penulisan yg mudah dan ringkas hari ni...

Kita sering menghisab/menghitung/komen/tegur PaBila melihat karenah orang lain...
Ianya sangat mudah+senang+best...

Kita akan berkata...
"awatlah dy buat mcm ni..dy x belajaq ka yg dy sbg org Islam kena....."
"Ish..buat malu je student UIA...makpak dy x ajaq ka x bleh pakai baju camtu..."
"Mak oi...!TErok Gila budak tu..tegok tu...."
"Ish..x macam budak ambil kos Syariah langsung..kalah budak Lim kok wing ngan Taylor...!"
dan banyak lagi "pre judgment"/first impression yg terus kita hentam org yg kita lihat....
MALANGNYA kita tidak boleh nampak diri kita sendiri...melainkan depan cermin n tgk gambar sndrri esp kat fb..(tetibe)

Cuba test benda dibawah nieee:

sila ikut arahan di bawah.sila baca dari atas turun ke bawah...
sila tulis
1)saya nak 
PASANGAN/ayah/ibu/cikgu/naqib/fasilitator yang(ciri2 yg diidamkan paling kurang 5):
-suka blnaja makan...
-concern....
-telus....
-.......
-............etc


(jgn baca arahan di bawah selagi anda blom slsai tulis 5 perkara diatas)

haa! sekarang sila padam perkataan "nak" maka jadilah..

saya "IALAH" PASANGAN/ayah/ibu/cikgu/naqib/fasilitator yang:


Mesti ada perasaan macam BERAT(sewaktu sy tulis utk fasilitator/naqib memang sy tulis kaw2 :full heartedly..bila padam nak n tulis saya IALAH ..pergh! memang mcm da KLCC hempap atas kepala..)

Begitu sakit bila menghisab diri sendiri...bahkan ada sesetengah dari kta x sanggup utk mnerima kritikan yg mna ianya satu Kebenaran... 

kita golongan yg mna?

X mudah sebenarnya nak JADI apa yg kita idamkan..
Tapi kita kena ingat...hidop mesti diteruskan utk mnjadi lebih Baik, menjadikan org diskeliling jua Baik n lebih Matang..
Ianya x mustahil..ianya bermula dengan langakah pertama iaitu Sekarang!

It is NOW or Never....Choose..DO or buat..!

InsyaAllah saya akan sambung dlm episod akan datang tentang
-menetapkan goal
-cara nak jadi produktif
-manage our sleep
-plan our life n byk lagi insyaAllah

thanks n jumpa lg..
-abid adlishah-

Wednesday, February 8, 2012

my beloved...


Dengan nama Allah yg telah menciptakan alam dan memberi peluang untuk kita masih hidop pada saat ini...

Telah tiba 12 rabiul awal!
tarikh keramat ni, lebih dari merdeka n kita punya hari jadi!


Tarikh kelahiran nabi Muhammad SAW...
Rasul terakhir dan kitalah ummatnya!

Tarikh lahirnya seorang yg luarbiasa! sorang yg paling osem+awesome...
sorang yg paling cool n penyabar!
Sorang paling ensem rupa n budi pekertinya!

Semoga kita TIDAK jadi muslim bermusim!

bermusim? bukan empat musim tuh! musim bunga, spring..winter..n etc..

tapi musim= ada sesuatu tempoh tertentu, ada mula tamat, berdasarkan kejadian atau kempen

Ingat! kita pergi masjid utk akad nikah,n majlis kematian sahaja!

Kita pergi kerna rindu dgn Allah!
Rindu seakan2 anak yg rindu utk berjumpa dgn ibubapanya!
Rindu seakan2 ingin bertemu pasangan hidup yg berpisah sejak sekian lama...
Rindu seperti nak berjumpa dgn kawan baik kita seperti dah 10 taon x jumpa

Macam tu lah kita rindu akan nak ke masjid, rindu utk berdating dgn Allah n mengikut ajaran nabi kta, Muhammad ibn Abdullah
tgk rancangan kat TV, bila tiba musim maulidur rasul, kebanyakan program serta iklan bermotifkan Islam,
drama pun drama BAIK PUNYA!!!
saya pun tgk jgk! best kowt..byk pengajaran pulak 2...

Kan best kalo tiap2 bulan mcm minggu maulidurrasul, ada byk peringatan tentang Islam  dr media..

Adakah kita macam media..mcm TV..bila tiba maulidurrasul kita pun
-pergi selawat di masjid
-pergi berarak
-baca doa+yasin

Lepas habeh Maulidurrasul?
amacam?
adakah kita akan terus solat?
terus selawat? terus berdoa kpd Allah?
Adakah kita muslim bermusim???

Mudah2n kita menjadi MUSLIM FULL-TIMER!


wallahua'lam
sama2 kita hayati maksud ayat Quran surah Al-Mu'minun tntg ciri orang berjaya:

"Mereka yg meninggalkan perkara sia2....."
-ciri2 orang berjaya dunia akhirat!!!

Jom tinggalkan perkara sia2 dalam hidop kta!
Azam sempena Maulidurrasul kali ini!
Mudah2n dapat istiqamah sampai maulidurrasul depan!

bye!
-abidadlishah-

Monday, January 23, 2012

Cutiku bersama adik2 (v1.0)



Bismillah…!

Gong Xi Fa Cai kepada semua…semoga kita bahagia serta sentiasa di bawah petunjukNya.
Alhamdulillah cuti hujung semester dah bermula…! Yeaaah! Bolehla pulang ke kampung dan menyantuni ibubapa n adik2….terutama bila dibesarkan dalam keluarga yg besar(7 adik beradik semuanya..dah la jadi abg cik…)

Jadi, x dapat dinafikan masa banyak dihabiskan bersama adik2…
Jadi kali ni saya nak kongsi beberapa perkara yg korang boleh cuba di rumah bersama adik2:

1)      Tonton movie bersamaa…! Hoyeah!
kejap..movie apa eh…Ombak rindu…(oh tidak…tidak sesuai kepada kanak2 n suma orang ISLAM)
Tak kan la saya nak tgk movie macam 2 ngan adik2 sy..jadi saya bawa balik beberapa cartoon yg saya rasa best n bermanfaat(ada pengajaran yg boleh dipraktik di akhir rancangan)

Kenapa kartun..?
em….senang ja…saya tidak mahu mencuba/menduga IMAN saya dengan melihat movie2 mat soleh saleh yg x soleh….menjadi lumrah yg lelaki matanya sangat sensitive..cukuplah melihat cartoon n anime…
Cukuplah Allah sebagai pemberi ujian(pentarbiah)...x payah nak test iman anda sendiri..nanti dah terlajak..dah x boleh patah balik taw!

Jadi, baru2 ni saya tgk “Shrek Forever After”…!

anda x tahu..sila tengok! Serius tak rugi JIKA anda dapat melihat ibrah/pengajaran dari movie tersebut…

Jadi, “Shrek Forever After”menceritakan kehidupan Shrek yg dah bahagia, ada isteri n anak2…
Shrek tgh bertengkar ngan isterinya sebelom berjumpa si budak sihir
Tetapi akibat merasa bosan kerna melalui kehidupan yg sama setiap hari, dia pun membuat perjanjian utk menukar harinya yg telah lepas kepada suatu hari yg sangat diingininya:
-kehidupan sbg Shrek yg biasa..ditakuti orang..bebas dari anak2 n isteri..bebas melakukan apa2..tidak seperti apa yang dia miliki sekarang...

Akibatnya..ahli sihir itu mengambil hari beliau lahir(jadi shrek x pernah wujud akibat perjanjian itu)..Dia pun sangat kecewa dgn perjanjian yg telah ditanda tangani….
Perjanjian tengah dimetrai.....

Kemudia…bla…bla…yada…yada…yada( tgk sendiri yee…saya pun copy kat kawan…)

Jadi , selepas tamat menonton, saya memberhentikan movie lantas bertanya:
“ok..dah habeh…! Sekarang abang abid nak abbas n amin ceritakan pengajaran dari cerita nie”
“haa..abbas?...”
Abbas: kita kena bersyukur…sebab Shrek tu…bla…bla…etc

Saya: “macam mana?”
Abbas; “emr…..solat agaknya”
Saya: “Alhamdulillah! Terbaik! Haa…amin pulak…bersyukur sebagai seorang anak?”
Amin: “patuh arahan ibu ayah dan suka basuh pinggan…hee”
Saya: “ haa! Macam 2 la adik aku! Terbaik boboboy!”

Ringkas kan?
Apabila anda selesai melihat sesuatu movie.cuba anda keluarkan ibrah/pengajaran yg boleh dipraktik dalam kehidupan.
Saya x nafi Rasulullah SAW adalah contoh terbaik tapi sekadar nak mengisi masa dengan adik2 dengan perkara yg bermanfaat n sesuai dengan akal mereka, maka melayan movie cartoon adalah SESUAI…

~"berbicaralah dengan bahasa yg sesuai dengan akal mereka"~

Anda tidak perlu susah nak terangkan..cuba hampa Tanya adik hampa: apa yg hampa paham dari kartun yg dipertontonkan…
Cuba berdiskusi..dan capai resolusi(eh mcm mukhayam la pulak)
Maksudnya capai persetujuan apa yg boleh mereka praktis selepas dari kartun itu seeloknya perkara yg MUDAH mereka nak amal

Tak lupa juga..cuba TERANGKAN sifat2/tindakan dalam movie tersebut yg TIDAK patut dicontohi.
Bahagian ni sangat penting! VEY IMPORTANT..TAKE NOTE eh..

Memang tidak dinafikan ada juga unsur2 negatif dalam kartun…macam ganas atau menyembah berhala….Disinilah anda kena/WAJIB memainkan peranan; MENAPIS/FILTER the negative stuff!
-cth: Si budak sihir yg mempunyai hasad dengki/berdendam
-cth: Pemarah dan terburu2….(Shrek)

Hidup itu INDAH jika anda melihat dari kaca mata ISLAM!
Berhibur itu HALAL jika anda tidak melanggar syariat!
Seronoknya dapat meluangkan masa dengan berhibur bersama adik2! alhamdulillah
Luangkan LEBIH masa anda dengan mereka! Nanti dah pulang ke asrama..luangkan LEBIH masa anda dengan rakan FACEBOOK n etc…sudah2 la tu..asyik FB n TWIT je....

InsyaAllah saya akan sambung dengan aktiviti dalam cuti yg boleh anda praktik bersama orang2 tersayang!!! Inikan latihan utk menjadi ibu bapa mithali..eh..eh..ngeeee..ke situ pulak…!

Wallahua’lam
maaf kalau da tersilap n salah
Gembira saya jika anda meng”comment” post utk kali ini!
-abid adlishah-
 

Saturday, January 7, 2012

Susah bangun Subuh..?->CAUSES & Practical Tips provided!!!


Bismillah

Bila lihat pada tajuk, mesti anda sudah dapat menjangka, initisari tulisan kali ini...
-kenapa kita susah bangun subuh
-cara utk mudah utk bangun subuh

1) Pasaipa kita selalo..kadang2 bangun lambat....
"Eh..dah pukul 7 pagi....!"-x ok la jugak...subuh gajah ni!
"Eh dah pukul 9 pagi...?"- ni subuh dinasour!

antara sebab2nya ialah:
-tidoq lambat..ni biasa bagi student!

  • main DOTA..hoeyeaaah! 
  • Tengok futbal match...MU..City..Arsenal...bla....bla
  • FB..twitter..(soSIAL network)
  • kalo sister apa eh...?( bergossip..mungkin...korea..etc..)
  • tgk Movie...(ombak rindu...hantu bonceng bla2..)
  • dan banyak lagi!!!
Sedar x sedar, dah bangun lambat!
TAPI, ada juga dari kalangan kita yang 
  • TIDOQ awai
  • ambil wudhu'
  • baca doa
  • bca 3 Qul..(surah 3 terahir 2 dalam AQ..)
  • set ALARM..(mcm2 lagu dr METAL sampai ke MAHER ZAIN....)
TETAP BANGUN LAMBAT...persoalannya kenapa...?

Jawapan yg sering kita x duga:
pengahalang kita bangun SUBUH ialah

DOSA kita di hari sebelumnya..Astaghfirullah (kata Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Jadi, utk bangun awal:
  • Tidoq awai( 1st-berkualiti ,2nd-kuantiti )
  • ambil wudhu+doa+
  • Beristighfar
  • Minimakan/kurangkan dosa/perbuatan sia sehari2..macam:
  1. Tgk aurat orang(esp brother), mcm movie, sitcom...korea....usha anak orang
  2. mengata orang/menganjing mengkucingkan orang/ menggelar
  3. Menulis/berkata2 perkara x berfaedah di FB/twit cth :("ops..terkentut..." )-apehal ko???
  4. dan mayak lagi maaaa
Jom usaha utk bangun awal..jom lawan nafsu/bermujahadah sbg bukti kita sayang Allah n moga2 ALLAH sayang kita jua..ameeen

wassalam..selamat beramal!
-abidadlishah-

Monday, January 2, 2012

"aku pasrah di hanya MULUT...tapi HATI x redha?"



Bismillah...
lama sungguh x update...busy dengan final exam...


Alhamdulillah, final xm dah mula 29 disember yg lalu…insyaAllah habeh 12th Jan 2012…Mudah2n niat kita study itu Ikhlas, usahanya berterusan, semangatnya tidak malap.

ok...kali ni saya nak kongsi pasai perasaan..(hadoi! perasaan apakah?)
oops! BUKAN perasaan kasih sayang ye..(mcm video im proposed n im engaged yg sweet 2.....)

Ditambah pula dgn pelbagai aktiviti+ program that really interesting!

#;performance by Mr Boona Muhammad from Canada..it is great!
nak try?
cuba link ni…Islamic poem that will remind us about Allah and the hereafter…

#;Khutbah by Sheikh Navaid Aziz also from Canada….
terbaik…(bleh try disini..one of lecturer of AlMaghrib Institute :
http://www.youtube.com/watch?v=CrUCIWU8lGM)


isi penting khutbah: anda nak rasa seronok?happy? pleasure?
cuba lakukan ini:
1)beristighfar..bermusabah dosa yg telah dilakukan
2)sabar dgn segala dugaan, menahan diri dr maksiat, n sabaq dlm mematuhi Allah
3) Syukur atas segala nikmat (bak kata sheikh, cuba hampa bilang nikmat yg hampa dapat dlm sehaqi sblom tidoq….apakah masih kita nak rasa sedih n bermuram durjaaa)

#;Twins of Faith!!!!(walaupun sy x pi..)

Ok2..jom kembali ke topic asai…perasaan sedih(result kureng) selepas berusaha….
(perasaan mempersoal takdir)

Mudah untuk kita redha n pasrah di mulut, tapi x dihati....
Owh hatiku, ianya masih berbicara:

Ku sudah berusaha,
namun resultku macam itu juga
Dahulunya, 
usahaku sedikit namun rezultnya OK,
sekarang,
usahanya LEBIH, 
tapi rezultnya berkurang( bukan mantain+consistent)
apakah ujian yg melanda jiwa ini...


Lepastu, tiba2 dapat panggilan dr naqib bulatan riangku ( ala ala facilitator dlm study circle la..)
I:salam, sheikh, hg kat mna?
U:waslam, ada kat econs cafe..study akaun
I:Jom pi minum..borak2 + lepak2 general discussion(sedap sket ayatnya..educated sket.. :P)
I:terbaik!!! Jom2 p mahallah ali…

Alhamdulillah, dapat la diceitakan apa yg bermain dalam hati….tp mestilah sambil makan n minum (freeee!)

Macam sesi luah perasaan pulak…kiranya kita cari solusi atau jawapan yg dok pusing2 dalam kepala otak ini….

S:“owh…masalah study ka…hmmm….”
“sheikh(maksudnya bro/der…)…relax cool chill! Baru 1st sem! Sebenarnya memang Allah sedang menguji enta(awak)”
Aku: taw la…T-T
S: “ Ok, let’s take a step back!”
Aku: huh? Padia?
S: “ imbas balik apa yg enta dah buat 1 sem ni….”
Aku; woish! Banyak kowt..bla…bla…bla…bla..bla…etc…..
S: “oic..alhamdulillah!...ok sekarang, APA yg enta X BUAT???
Aku: (x buat…huh? Kita selalu Nampak apa kita buat, jarang pula pikiaq apa yg kurang/tertinggal)………………………………………….. T-T
(adoih, memang banyak lagi kekurangan yg boleh dibaiki! Cth: study soalan passed year exam question dr awal sem, cuba study bersama org2 yg excel/dah pernah amek kos 2, selalu buat latihan walau bukan ada quiz n test b etc)
Astaghfirullah…

S: “bro, enta TAHAJUD X?”
(pergh……..macam kena tembak BAZOOKA + ada KLCC timpa atas kepala - #@#^%#-)

Aku: [silent mode]…………

S:“Gua dulu QIAM(tahajjud ) tiap2 HARI2……INILAH bukti enta KALAU nak BETOI2 sesuatu, minta dikala orang lain tengah tidoq, enta merebahkan dahi ke lantai, memohon dgn bersugguh2!!!”

Aku: [macam nak offline ja….terkelu n terkedu….speechless]
S; “ok la hg sedaq perkaqa ni la ni…mana taw, ada orang laen yg sedaq tapi dah final sem…benda ni besa bg student.. . teruslah menapak walaupun perlahan!!!(pesan xifu/murobbi/ cikgu aku nie…)

Ternyata pertemuan malam itu di café Ali menghilangkan rasa tak puas hati dalam hati pada taqdir…Dalam konsep Al-Qadar: Kita FOKUS pada berusaha….BUKAN pada hasil…Sesungguhnya Allah melihat usaha kita…dan ganjaran jua diberi atas usaha anda yg banyak/bundle atau belungguk itu.

Ada saja orang yg usaha lebih dari kita, TAPI keputusannya lebey rendah dari kita..jadi
“la tahzan= jgn sedeyh2 naa= don’t be sad”
Kalau kita dah usaha, TERUSKAN! Put MORE effort! Maintain jaaaa…berdampinglah dengan student2 yg semangat juangnya mcm super sayya…keep it up!

Jadi, nak rumuskan sharing kali nie…
-jadilah diri kita orang yg happy ceria selalu ^-^ :D sengih!
-berdampinglah org yg SUPERB happy n rajin (walau rupa mereka ganaz/hodoh/low class pun x pa…)
-bersyukur apa yg kita dapat, TAPI bermuhasabah utk terus meningkat apa hasil yg kita dapat. WAJIB ada ruang utk penambaikan!
-kawen awal itu indah..(eh pe hal? Tetibe je…baca komen dibawah…hehe)

1 lagi perkara yg terbaik bulan lepas(31dis11)! Kawan saya DAH kawen (19thn + 18thn). Subhanallah! Dulu kita makan sekaali..tidoq sekali..jalan2 sekali..main ping pong sekali..bola tampaq..p CC..n etc…makan char koey teow..tapi lepas ni susah la sket…orang dh berpunya…sy doakan antuma berdua dipermudah urusan, dan diredhai Allah serta kekal bahagia sampai ke Syurga! ameeen 

Kepada kawan2 lain, nak kawen muda, syaratnya:
1)berkemampuan
2)berkemahuan
3)BerKEPERLUAN

~Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama bainakuma fi khair~


saya, ada rezki insyaAllah lepas grade : D! kalau x, di syurga ameeeen




Jadi, sama2 kita renung ayat di atas, jika kita x dapat di sini (....sila isi apa yg anda belom dapat :cth: isteri :D...result A+....kebahagian..kesenangan..etc..)..insyaAllah dapat di SYURGA! 


Jom jadi "Jannah Oriented!"

dah2..exam2(fokus2..astagfirullah)...didoakan kepada2 kawan2 yg nak exam:
-selamat menjawab soalan2 dgn hati yg ikhlas n tenang
-banyakkan  berdoa
-bittaufiq wannajah! mudah2n dapat result yg awesome (OSeM...)

wasalam
maaf atas salah n silap diatas!
-abid adlishah-