Monday, January 23, 2012

Cutiku bersama adik2 (v1.0)



Bismillah…!

Gong Xi Fa Cai kepada semua…semoga kita bahagia serta sentiasa di bawah petunjukNya.
Alhamdulillah cuti hujung semester dah bermula…! Yeaaah! Bolehla pulang ke kampung dan menyantuni ibubapa n adik2….terutama bila dibesarkan dalam keluarga yg besar(7 adik beradik semuanya..dah la jadi abg cik…)

Jadi, x dapat dinafikan masa banyak dihabiskan bersama adik2…
Jadi kali ni saya nak kongsi beberapa perkara yg korang boleh cuba di rumah bersama adik2:

1)      Tonton movie bersamaa…! Hoyeah!
kejap..movie apa eh…Ombak rindu…(oh tidak…tidak sesuai kepada kanak2 n suma orang ISLAM)
Tak kan la saya nak tgk movie macam 2 ngan adik2 sy..jadi saya bawa balik beberapa cartoon yg saya rasa best n bermanfaat(ada pengajaran yg boleh dipraktik di akhir rancangan)

Kenapa kartun..?
em….senang ja…saya tidak mahu mencuba/menduga IMAN saya dengan melihat movie2 mat soleh saleh yg x soleh….menjadi lumrah yg lelaki matanya sangat sensitive..cukuplah melihat cartoon n anime…
Cukuplah Allah sebagai pemberi ujian(pentarbiah)...x payah nak test iman anda sendiri..nanti dah terlajak..dah x boleh patah balik taw!

Jadi, baru2 ni saya tgk “Shrek Forever After”…!

anda x tahu..sila tengok! Serius tak rugi JIKA anda dapat melihat ibrah/pengajaran dari movie tersebut…

Jadi, “Shrek Forever After”menceritakan kehidupan Shrek yg dah bahagia, ada isteri n anak2…
Shrek tgh bertengkar ngan isterinya sebelom berjumpa si budak sihir
Tetapi akibat merasa bosan kerna melalui kehidupan yg sama setiap hari, dia pun membuat perjanjian utk menukar harinya yg telah lepas kepada suatu hari yg sangat diingininya:
-kehidupan sbg Shrek yg biasa..ditakuti orang..bebas dari anak2 n isteri..bebas melakukan apa2..tidak seperti apa yang dia miliki sekarang...

Akibatnya..ahli sihir itu mengambil hari beliau lahir(jadi shrek x pernah wujud akibat perjanjian itu)..Dia pun sangat kecewa dgn perjanjian yg telah ditanda tangani….
Perjanjian tengah dimetrai.....

Kemudia…bla…bla…yada…yada…yada( tgk sendiri yee…saya pun copy kat kawan…)

Jadi , selepas tamat menonton, saya memberhentikan movie lantas bertanya:
“ok..dah habeh…! Sekarang abang abid nak abbas n amin ceritakan pengajaran dari cerita nie”
“haa..abbas?...”
Abbas: kita kena bersyukur…sebab Shrek tu…bla…bla…etc

Saya: “macam mana?”
Abbas; “emr…..solat agaknya”
Saya: “Alhamdulillah! Terbaik! Haa…amin pulak…bersyukur sebagai seorang anak?”
Amin: “patuh arahan ibu ayah dan suka basuh pinggan…hee”
Saya: “ haa! Macam 2 la adik aku! Terbaik boboboy!”

Ringkas kan?
Apabila anda selesai melihat sesuatu movie.cuba anda keluarkan ibrah/pengajaran yg boleh dipraktik dalam kehidupan.
Saya x nafi Rasulullah SAW adalah contoh terbaik tapi sekadar nak mengisi masa dengan adik2 dengan perkara yg bermanfaat n sesuai dengan akal mereka, maka melayan movie cartoon adalah SESUAI…

~"berbicaralah dengan bahasa yg sesuai dengan akal mereka"~

Anda tidak perlu susah nak terangkan..cuba hampa Tanya adik hampa: apa yg hampa paham dari kartun yg dipertontonkan…
Cuba berdiskusi..dan capai resolusi(eh mcm mukhayam la pulak)
Maksudnya capai persetujuan apa yg boleh mereka praktis selepas dari kartun itu seeloknya perkara yg MUDAH mereka nak amal

Tak lupa juga..cuba TERANGKAN sifat2/tindakan dalam movie tersebut yg TIDAK patut dicontohi.
Bahagian ni sangat penting! VEY IMPORTANT..TAKE NOTE eh..

Memang tidak dinafikan ada juga unsur2 negatif dalam kartun…macam ganas atau menyembah berhala….Disinilah anda kena/WAJIB memainkan peranan; MENAPIS/FILTER the negative stuff!
-cth: Si budak sihir yg mempunyai hasad dengki/berdendam
-cth: Pemarah dan terburu2….(Shrek)

Hidup itu INDAH jika anda melihat dari kaca mata ISLAM!
Berhibur itu HALAL jika anda tidak melanggar syariat!
Seronoknya dapat meluangkan masa dengan berhibur bersama adik2! alhamdulillah
Luangkan LEBIH masa anda dengan mereka! Nanti dah pulang ke asrama..luangkan LEBIH masa anda dengan rakan FACEBOOK n etc…sudah2 la tu..asyik FB n TWIT je....

InsyaAllah saya akan sambung dengan aktiviti dalam cuti yg boleh anda praktik bersama orang2 tersayang!!! Inikan latihan utk menjadi ibu bapa mithali..eh..eh..ngeeee..ke situ pulak…!

Wallahua’lam
maaf kalau da tersilap n salah
Gembira saya jika anda meng”comment” post utk kali ini!
-abid adlishah-
 

4 comments:

  1. terbaik la abid.
    mekaseh atas peringatan.
    aku pon nak jadik adik hang ar kalo camnih.
    hohohoho.
    peace (n.n)

    ReplyDelete
  2. yup! betul, sangat setuju dengan "Inikan latihan utk menjadi ibu bapa mithali.."

    kita yang dah ada adik2 kecik, better practice dulu awai2. ni tidak, bila nak berkahwin, baru nak baca buku itu, buku ni.

    saya rasa, dengan mendidik adik-adik, kita boleh nampak, macammana cara kita didik anak-anak kita nanti. kalau rasa tak sesuai, boleh ubah. kalau budak2 tu berubah jadi lebih baik dengan didikan kita, insyaAllah, kita boleh guna pakai tuk masa depan.

    ReplyDelete
  3. cayalah abid ! smg jd seorg abg n ayah (future) yg membawa generasi junior utk dktkan diri kpd ALLAH :D -x taw nk kata mcm mana dh. haha-

    ReplyDelete