Bismillah.........
Alhamdulillah.....
Selesai mengajar hari ni,Fuh!lega rasanya......
Sekarang aku duduk dalam bilik mak aku,aku mengajar iqra setiap pagi,
mula pukul 750pagi hingga 850 pagi.Lepastu,boleh la tolong mak aku wat kerja2 pejabat macam menaip,hantar emel,& kemaskini fail.Kalo x ada kerja,barulah aku main internet.Kat sini kan ada hotspot,aku buka ja laptop terus boleh update blog dan fecebook.
Ni nak citer sket pasal anak2 murid aku,semuanya lelaki n terdiri dari darjah tiga n empat.
(nanti aku uploaad gambar...).Depa(mereka) semua baca Iqra' 3 & 4.Boleh lah.....
Mula2 aku suruh bagi salam,suruh depa baca doa & keluarkan Iqra' masing2
"Ok!Assalamualaikum!Apa khabar semua???dah Sarapan???Sapa yg x hadir hari ni???
Ok tunjukkan muallim kerja yg diberi semalam!!!"-macam cikgu veteran la pulak....
Setiap hari aku akan mulakan pelajaran dengan bagi tazkirah,bercerita dan main game.Barulah depa semua happy n bersemangat nak baca Iqra'!Teringat la plak waktu bagi tazkirah:-
"Adik2 cuba teka,adik2 baca Iqra' dapat banyak mana pahala????Sapa yg kat sini nak masuk syurga?",kelihatan semua murid2 aku bersemangat angkat tangan masing2.Biasalah,budak2.
"Kalo adik2 nak masuk syurga,adik2 mestilah rajin baca Al-Quran sebab 1 huruf dapat sepuluh pahala......................"
Macam 2 lah aku selalu motivate depa supaya rajin baca Iqra'.Lepastu kita ceritakan pula tentang nikmat syurga.depa semua mesti khusyu' mendengar apabila aku bercerita sampaikan:
"Muallim,cerita la lagi..tadi baru satu cerita...........",aku hanya melemparkan senyuman dan memulakan tugasku menyemak sorang2 baca Iqra dekat tepi aku.Aku panggil sorang2,segala kesalahan yg mereka baca(cth:salah baca baris)diriku yg lemah ini aku akan cuba perbaik sebaik mungkin.
"Bagus!Ahsanta!Excellent!!!"itulah ungkapanku yg x henti2 bila depa baca dengan betul dan x salah.Memang la penat nak puji banyak kali,tapi kepenatanku terubat bila terbayang hadis nabi:
"Sebaik2 kamu ialah siapa yang mempelajari Al-Quran dan Mengajarkannya(kepada orang lain"
-diriwayatkan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari d dalam kitab sahihnya.Ketab tersebut merupakan kitab yang palingsahih selepas Al-Quran.
(M/s 17,Adab2 Bersama Al-Quran,Pustaka Salam"
Kawan2 kat luar sana,marilah sama2 kita belajar Quran n ajar Quran kepada adik2,abg2,akak2 kita.Mudah2n kita jadi orang yg paling baik.
Ok lah,kena berenti dula.Ana nak bersiap2 sebab esok nak jadi fasi utk program di SMKA sik.
Jadi InsyaAllah,jika umurku dipanjangkan,aku akan hantar post baru......
Thank you 4 reading!!!
Wassalam...............
abid,kemsalam depa2 kat smkas.
ReplyDeleteAbid,ak dapat..bestnya hang jd muallim..aq nak jd tapi tak dapat..hehe
ReplyDelete